Hutan Simpanan Hutan Dara (VJR) telah diwujudkan pada tahun 1950an. Penubuhan ini bertujuan untuk memastikan beberapa hutan dara Negara terpelihara dan sentiasa kekal bagi menggambarkan ciri-ciri dan jenis-jenis hutan Semenanjung Malaysia yang dikenali dengan keunikan disamping untuk tujuan pengajaran, penyelidikan dan pengembangan.
Bagi menjamin pencapaian objektif-objektif penubuhannya, kawasan-kawasan VJR yang sedia ada perlu dikekalkan dan dipelihara melalui pelaksanaan sistem pengurusan secara optima
Bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, kawasan VJR adalah dengan keluasan ± 6,525.18 hektar yang meliputi pelbagai jenis hutan telah ditubuhkan untuk tujuan sepenuhnya.

