| Bil | Aktiviti | Status |
| 1 | Lesen untuk mengeluarkan hasil hutan akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh kelulusan diberi, setelah semua syarat kelulusan dipatuhi. | Pelaksanaan dalam tempoh yang ditetapkan |
| 2 | Lesen untuk menjalankan kilang berasaskan kayu akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi satu (1) bulan dari tarikh siap kilang dibina setelah memenuhi semua syarat kelulusan. | Pelaksanaan dalam tempoh yang ditetapkan |
| 3 | Keputusan mengenai permohonan melanjutkan tempoh lesen mengeluarkan hasil hutan atau lesen menjalankan kilang berasaskan kayu akan diberi dalam tempoh tidak melebihi satu (1) bulan dari tarikh permohonan diterima. |
Pelaksanaan dalam tempoh yang ditetapkan |
| 4 | Menghargai maklumat serta maklum balas yang diterima dari orang awam. Semua aduan kesalahan hutan akan diambil tindakan dalam masa tidak melebihi tiga (3) hari. | Pelaksanaan dalam tempoh yang ditetapkan |

